25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Usah saling pertikai, fokus bantu pasca banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

USAH saling pertikai antara satu sama lain dan seharusnya fokus dalam membantu pasca banjir.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, penggemblengan usaha dan kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik mahupun orang perseorangan amat penting bagi membantu mangsa banjir.

“Usah pertikai usaha sesiapa kerana yang lebih mustahak adalah bekerjasama dan muafakat dalam membantu usaha pasca banjir kelak.

“Lebih baik kita semua fokus membantu. Percayalah, pengalaman yang lalu menunjukkan tiada satu pihak pun yang mampu membantu dan bekerja secara ‘silo’ untuk menyelesaikan masalah pasca banjir yang membelenggui mangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Keadaan persekitaran rumah yang dilanda banjir.

Dalam hantaran itu juga beliau memuat naik beberapa gambar situasi pasca banjir yang terpaksa dihadapi mangsa selepas air mulai surut.

“Keadaan seperti ini lebih tersiksa buat mangsa kerana jika di PPS (Pusat Pemindahan Sementara), segalanya tersedia dan dibantu Kerajaan seperti makanan siap masak, kelengkapan tidur, dan bantuan asas yang lain.

“Namun apabila air mula surut, mangsa-mangsa banjir akan berhadapan dengan kesukaran besar dalam pelbagai aspek termasuk makan-minum seharian, tempat menginap dan juga kudrat untuk membersih kediaman yang rosak teruk (belum lagi membicarakan mereka yang mengalami kemusnahan hampir 100 peratus),” katanya.

Setakat pagi ini, seramai 64,598 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda lima negeri.

Angka terkini membabitkan 18,601 keluarga itu direkodkan sehingga jam 6 pagi ini, dengan semua mangsa kini ditempatkan di 368 PPS yang dibuka. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan