24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Piala AFF: Anwar yakin Harimau Malaya pamer prestasi tinggi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad Harimau Malaya yang akan memulakan kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 bertemu Myanmar hari ini.

Bahkan, Anwar menaruh keyakinan tinggi dengan kombinasi muka lama dan baharu yang ditampilkan jurulatih Kim Pan Gon pada edisi kali ini mampu menterjemahkan kualiti serta prestasi terbaik.

“Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat skuad Harimau Malaya. Berjuanglah sepenuh jiwa demi lencana di dada!,” katanya dalam Facebook hari ini.

Pasukan negara akan meneruskan aksi menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan menerima kunjungan Singapura (3 Jan) di Bukit Jalil bagi memburu dua slot teratas Kumpulan B untuk layak ke separuh akhir.

Advertisements

Sepanjang 13 edisi kejohanan dwitahunan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Piala Tiger, Malaysia muncul juara sekali pada 2010 serta naib juara sebanyak tiga kali – edisi sulung 1996, 2014 dan 2018.

Hanya empat pasukan pernah bergelar juara iaitu Thailand sebanyak enam kali, Singapura (empat), Vietnam (dua) dan Malaysia.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan