23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Piala Mitsubishi Electric ASEAN: Tiga pemain muda dipanggil

Mesti Baca

TIGA pemain muda dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya bagi mengharungi Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang akan bermula Ahad ini.

Mereka ialah pertahanan Selangor FC, Harith Haiqal Adam Afkar dan penjaga gol Johor Darul Ta’zim II, Muhammad Haziq Aiman Mohd Esa dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Pau Marti.

Harith Haiqal, 22, menggantikan pemain Negeri Sembilan FC, Muhammad Harith Samsuri, 24, yang mengalami kecederaan manakala Haziq Aiman, 19, pula mengambil alih posisi penjaga gol Terengganu FC, Muhammad Rahadiazli Rahalim, 23, yang mengalami masalah kesihatan.

Manakala seorang lagi pemain iaitu Mohammad Haykal Danish Mohd Haizon, 19, dari Selangor FC B-23 turut dipanggil sebagai pemain tambahan jika berlaku kecederaan atau sebarang kemungkinan terhadap pemain-pemain lain.

Senarai akhir 26 pemain untuk didaftarkan bagi kempen Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 hanya akan dimuktamad pada Sabtu, 7 Disember iaitu sehari sebelum perlawanan pertama Kumpulan A antara Malaysia bertemu Kemboja di Stadium Olimpik, Phnom Penh pada Ahad, 8 Disember.

Selain Kemboja, Kumpulan A turut diserta juara tujuh kali Thailand, Singapura dan Timor-Leste.

Advertisements

Berikut jadual perlawanan membabitkan Malaysia:

Ahad 8 Dis : Kemboja lwn Malaysia (Stadium Olimpik, Phnom Penh)

Rabu 11 Dis : Malaysia lwn Timor-Leste (Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur)

Sabtu 14 Dis : Thailand lwn Malaysia (Stadium Rajamangala, Bangkok)

Jumaat 20 Dis : Malaysia lwn Singapura (Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur) – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan