Saturday, June 13, 2026

RM100 juta bantu mangsa banjir di Kelantan, Terengganu – Anwar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membantu mangsa yang terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu melibatkan sebanyak RM50 juta bagi mangsa banjir di Kelantan manakala RM50 juta lagi di Terengganu.

Menurutnya, bantuan itu merupakan keperluan segera yang diberikan bagi membantu kebajikan rakyat di kedua-dua negeri itu.

“Sehubungan itu, peruntukan awal sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada semua ketua keluarga yang terlibat di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Bagi mangsa banjir yang terlibat dengan kemalangan (semasa banjir), bantuan sebanyak RM10,000 diberikan kepada mereka.

“Kerajaan lakukan ini (bantuan peruntukan) secara konsisten sama seperti yang kita lakukan terhadap mangsa yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh di Batang Kali baru-baru ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja di Pasir Mas, Kelantan, hari ini.

Jelas Anwar lagi, peruntukan itu akan diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menurutnya, keutamaan beliau adalah untuk keperluan rakyat terutamanya mangsa yang terjejas banjir ketika ini.

“Seperti yang kita tahu, mangsa banjir kebiasaannya terdiri daripada kategori miskin. Jadi, kerajaan perlu untuk mengambil langkah-langkah untuk meringankan beban mereka.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan