29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pakej Perpaduan tawar prabayar internet RM5 sebulan

Pakej terbabit adalah Pakej Remaja yang diperluaskan kepada golongan bersasar bertujuan mengurangkan kos sara hidup golongan sasar bagi memiliki perkhidmatan internet.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan memperkenalkan Pakej Prabayar Internet Mudah Alih iaitu Pakej Perpaduan dengan harga lebih rendah dari pasaran semasa iaitu RM5 sebulan yang akan dilancar pada Februari tahun hadapan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pakej terbabit asalnya adalah Pakej Remaja yang diperluaskan kepada golongan bersasar bertujuan mengurangkan kos sara hidup golongan sasar bagi memiliki perkhidmatan internet.

Katanya, pakej itu disasarkan kepada golongan belia, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran polis.

“Pakej langganan itu akan melibat kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan lima syarikat penyedia komunikasi iaitu Celcom-Digi, Maxis, Umobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

“Pakej Perpaduan dengan harga RM30 ini menawarkan peningkatan kelajuan Internet mudah alih daripada 1 Mbps ke 3 Mbps dengan kuota dinaikkan daripada 20GB untuk tiga bulan kepada 30GB untuk tempoh lebih lama iaitu enam bulan,”katanya dalam sidang akhbar sempena meninjau persediaan bantuan bencana banjir di pejabatnya hari ini.

Fahmi berkata, pengguna dapat menikmati penjimatan harga sebanyak 50 peratus berbanding pakej sedia ada iaitu dari RM10 sebulan kepada hanya RM5 sebulan.

Advertisements

Katanya, ia merupakan pakej asas yang disediakan dan terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini.

“Saya yakin usaha yang dilaksanakan KKD dengan kerjasama strategik syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan kos sara hidup dan pada masa yang sama memastikan kesalinghubungan digital yang menyeluruh.

“Saya yakin dengan usaha yang dilaksanakan ini dengan kerjasama strategik syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan kos sara hidup dan pada masa sama memastikan kesalinghubungan digital yang menyeluruh.

“Justeru, langkah penurunan harga ini jelas menunjukkan bahawa keperluan rakyat untuk menikmati perkhidmatan telekomunikasi dengan harga lebih murah dan mampu milik diberi perhatian serius Kerajaan Perpaduan.

“Inisiatif ini sekaligus memberi peluang kepada lebih ramai pengguna golongan belia, B40, OKU, warga emas serta veteren ATM dan polis untuk mendapatkan perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti serta meningkatkan akses kepada kemudahan ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan