25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

MPN dibatal penubuhannya, GIACC diteliti – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) akan dibatalkan penubuhannya kerana ia adalah antara satu badan yang berlaku pertindihan, dan merupakan jawatan yang diletakkan bagi memenuhi keperluan ketika itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan untuk membubarkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) pula akan diteliti, kerana dilihat berlaku pertindihan tugas.

Kata beliau, sekiranya bidang itu (GIACC) boleh dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) maka badan-badan yang berlaku pertindihan perlu dikurangkan kerana setiap agensi yang bertindih itu menanggung kos yang tinggi.

“Yang penting dalam Pusat Governans (GIACC), prinsipnya itu diterima tapi tidak boleh terlalu banyak,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, hari ini.

MPN ditubuhkan pada 21 Julai 2021 oleh mesyuarat jemaah menteri melalui memorandum jemaah menteri daripada Kementerian Kewangan bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik pengerusi MPN pada September 2021 oleh perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memandangkan beliau menjawat jawatan berkenaan sejak MPN diwujudkan ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

GIACC pula ditubuhkan pada Jun 2018 yang bertujuan untuk menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan anti-rasuah dalam negara.

Anwar berkata, beliau juga banyak melepaskan tugas selaku Perdana Menteri supaya dipertanggungjawabkan kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof. – BERNAMA

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan