24 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Misi kemanusian bantuan banjir JIM ke Kelantan, Terengganu

Misi ini digerakkan bagi menghulurkan bantuan, sokongan dan sumbangan serta mengatur gerak kerja membantu pegawai imigresen dan keluarga yang terlibat dalam bencana banjir.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRIHATN dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di Pantai Timur, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melancarkan misi bantuan bencana ke atas warganya di Kelantan dan Terengganu.

Konvoi misi bantuan berkenaan telah disertai seramai 135 orang sukarelawan terdiri daripada pegawai-pegawai imigresen dari Putrajaya, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan KLIA.

JIM dalam kenyataan di sini berkata, sebanyak 25 buah kenderaan pelbagai jenis telah digunakan untuk misi bantuan ini.

“11 kenderaan akan menuju ke Kelantan manakala 14 lagi akan ke Terengganu.

“Misi ini digerakkan bagi menghulurkan bantuan, sokongan dan sumbangan serta mengatur gerak kerja membantu pegawai-pegawai imigresen dan keluarga yang terlibat dalam bencana banjir yang melanda dua negeri tersebut,” katanya.

Baca juga:   Imigresen tahan 6 PATI seludup masuk secara haram

Terdahulu, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud telah melepaskan konvoi Misi Kemanusiaan Bantuan Bencana Banjir Jabatan Imigresen Malaysia 2022 ke Terengganu dan Kelantan di perkarangan Ibu Pejabat JIM hari ini.

Seramai 71 pegawai imigresen dan keluarga dikenal pasti yang terjejas iaitu seramai 50 pegawai di Terengganu manakala 21 pegawai di Kelantan.

JIM berkata, misi bantuan ini juga membawa sejumlah bekalan keperluan asas dan makanan untuk mangsa banjir yang terlibat.

Dalam pada itu, jabatan ini juga telah melancarkan Tabung Bantuan Banjir JIM bagi mengumpulkan dana untuk bantuan kepada warga Jabatan yang terjejas akibat bencana banjir. – Edisi 9

Baca juga:   Peranan media massa dalam memartabatkan bahasa

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan