30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Video tular Jambatan Manir runtuh, disiasat

Video yang disebarkan di aplikasi TikTok beberapa hari lepas itu telah mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Terengganu telah membuka kertas siasatan berhubung sebuah video yang tular di laman media sosial yang mendakwa kononnya Jambatan Manir di Kuala Terengganu akan runtuh disebabkan banjir.

Ketua Polis negeri Datuk Rohaimi Md Isa berkata, video yang disebarkan di aplikasi TikTok beberapa hari lepas itu telah mencetuskan kebimbangan orang ramai yang menggunakan jambatan berkenaan sebagai laluan penghubung utama antara Kuala Terengganu ke Kuala Nerus.

Beliau berkata, kertas siasatan itu dibuka setelah mendapat aduan rasmi daripada seorang pegawai polis trafik yang membuat laporan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu petang semalam.

“Walaupun rakaman itu dilihat seolah-olah nasihat dan tidak memburukkan mana-mana agensi, ia tetap menimbulkan kegusaran awam kerana didakwa bahaya… akan runtuh.

“Ini adalah kenyataan tidak benar… bukan fakta kerana tak dapat pengesahan daripada mana-mana pihak berkuasa yang sah,”katanya selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Badak, hari ini.

Menurut Rohaimi, pemilik akaun TikTok itu sudah dikenal pasti dan tindakan lanjut akan dilakukan termasuk mengambil keterangan daripada individu berkenaan.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan atas kesalahan penyebaran berita yang menimbulkan ketakutan awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988.

Video itu telah menggangu laluan trafik sekali gus menyukarkan tugas anggota trafik kerana ia menyebabkan kesesakan trafik di laluan lain apabila pengguna mengelak daripada menggunakan jambatan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan