29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PU Azman didakwa lagi, lakukan amang seksual

Bagaimanapun, PU Azman membuat pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan terhadapnya.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENDAKWAH selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman, sekali lagi didakwa melakukan amang seksual.

Kali ini, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun.

Bagaimanapun, PU Azman atau Azman Syah Alias, 41, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.

Mengikut kertas pertuduhan, Azman Syah melakukan kesalahan terbabit di sebuah bilik resort di Hulu Langat, pada waktu tengah hari 22 Julai lalu.

Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim memohon PU Azman tidak diikat jamin.

Bagaimanapun, peguam bela Mohamad Zahid Ahmad, berkata jaminan perlu diberikan kerana ia penting bagi tertuduh menyediakan pembelaan terbaik untuk kesnya.

“Ia memandangkan tertuduh memberi kerjasama yang baik terhadap kes berkenaan serta mengikut prosiding dan syarat mahkamah ditetapkan sebelum ini.

Advertisements

“Saya dengan rendah diri mohon jaminan paling minimum diberikan selepas Mahkamah Klang membenarkan tertuduh diikat jamin RM24,000, manakala RM40,000 di Mahkamah Seremban,”katanya memetik laporan BH Online.

Hakim kemudiannya menetapkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

“Syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap satu haribulan, dilarang mendekati mangsa dan saksi pendakwaan serta pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.

“Sebutan kes ditetapkan pada 10 Februari tahun depan,”katanya.

Mahkamah Ampang menjadi mahkamah ketiga PU Azman didakwa atas kes seksual selepas dihadapkan di Mahkamah Klang dan Seremban masing-masing pada awal bulan ini serta Oktober lalu.

Di Mahkamah Klang, pendakwah selebriti terbabit didakwa atas empat pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau pada tiga remaja lelaki tahun ini.

Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada tahun sama.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan