27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ibu didakwa lakukan amang seksual terhadap 2 anak lelaki

Dia turut didakwa mengarahkan pembuatan suatu pornografi kanak-kanak dalam bentuk video di sebuah hotel di Sungai Buloh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG ibu kepada lima anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak lelakinya dan mengarahkan suatu pornografi dalam bentuk video, tahun lalu.

Wanita yang tidak bekerja berusia 33 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Mengikut tiga pertuduhan, dia yang memakai blaus kuning gelap didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung, telah melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki (ketika kejadian) berusia 14 dan 12 tahun, bagi tujuan seksual.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Alam Perdana, Puncak Alam dekat Klang, pada jam 8 malam, November 2022 lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Advertisements

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa telah mengarahkan pembuatan suatu pornografi kanak-kanak dalam bentuk video di sebuah hotel di Taman Sri Pristana, Sungai Buloh pada jam 2 pagi, 17 dan 18 Februari tahun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 5 akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul ‘Izzati Mohamad dan Nur ‘Ayuni Jamri tidak mencadangkan sebarang ikat jamin dengan alasan, tertuduh berisiko untuk mengganggu mangsa memandangkan mereka mempunyai hubungan kekeluargaan.

Bagaimanapun, dia merayu agar diberikan ikat jamin kerana perlu menyara lima anaknya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Syafeera tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 26 Jun depan untuk sebutan semula kes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan