24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tunku Azizah terima kunjungan Tunku Idris di LCW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima kunjungan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Pavilion Antarabangsa Malaysia sempena Minggu Kraf London 2023 (LCW) semalam.

Tunku Idris merupakan anakanda saudara Seri Paduka Baginda.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan para pengunjung yang hadir ke pameran yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London.

Pameran yang bertemakan Abstract Nature (Abstrak Alam Semula Jadi), mempamerkan seni kraf dan produk warisan yang bermula pada 6 Mei 2023 berakhir semalam (14 Mei 2023).

Advertisements

Pameran tersebut memaparkan landskap budaya Malaysia yang kaya melalui keunikan tradisi kraf dan produk warisan masyarakat Malaysia khususnya Melayu, Orang Asli Semelai dari Pahang, Mah Meri (Selangor) di Semenanjung Malaysia serta suku kaum etnik Orang Asal di Sabah dan Sarawak.

Pameran edisi kedua Malaysia sempena Minggu Kraf London kali ini turut mengetengahkan Songket Terengganu dan telepuk (teknik menghias tekstil).

Penyertaan Malaysia dalam pameran itu diterajui Seri Paduka Baginda sebagai ketua delegasi Malaysia dan Yayasan Tenun Pahang Diraja serta disokong oleh Kerajaan Persekutuan (Kementerian Luar), Kerajaan Pahang dan Sarawak, Kraftangan Malaysia dan Songket Diraja Terengganu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan