24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Isteri Asyraf Wajdi terima Anugerah Tokoh Wanita Berpengaruh Dunia

Pencapaian Prof. Dr Irwani Abdullah berkenaan dikongsikan sendiri oleh Asyraf Wajdi dalam Facebook beliau.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ISTERI Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki antara penerima Anugerah Tokoh Wanita Berpengaruh Dunia Dalam Kewangan dan Perbankan Islam di Jakarta malam tadi.

Pencapaian Prof. Dr Irwani Abdullah berkenaan dikongsikan sendiri oleh Asyraf Wajdi dalam Facebook beliau.

“Alhamdulillah dan tahniah buat isteri tercinta Prof. Dr Irwani Abdullah antara penerima Anugerah Tokoh Wanita Berpengaruh Dunia Dalam Kewangan dan Perbankan Islam di Jakarta malam ini oleh Cambridge Institute of Islamic Finance.

“Kami sama-sama terlibat dalam dunia perbankan dan kewangan Islam sejak tahun 2005 apabila menamatkan pengajian PhD di United Kingdom (UK).

“Namun beliau seorang sahaja yang terus setia menabur bakti bukan sahaja sebagai Professor di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bahkan terus terlibat dalam industri sebagai Konsultan, Trainer, bahkan pernah menjadi Penasihat Shariah kepada beberapa institusi Kewangan Islam dan Takaful seperti Standard Chartered Saadiq Bank, Affin Islamif Bank, Am Takaful dan lain-lain,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian isteri beliau kerana bukan sedikit pengorbanan yang dicurahkan dan terpaksa memakai beberapa topi selaku isteri kepada ahli politik, ibu kepada enam cahaya mata.

Advertisements

Malah menurut beliau, isterinya itu juga merupakan seorang pensyarah di universiti, penasihat syariah di bank dan takaful, ketua penyelidik dalam pelbagai bidang baharu takaful dan kewangan Islam, trainers dan konsultan kepada industri dan banyak lagi.

“Sebab itulah saya ambil keputusan untuk menemaninya ke Jakarta sebagai tanda terima kasih dan sokongan moral sebagai suami atas segala pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan.

“Moga Allah menjadikan khidmat bakti beliau sebagai amal jariah dan dakwah untuk ummah serta menjadi asbab dicurahkan rahmat dan barakah Allah buat keluarga kami,” katanya.

Dalam hantaran Facebook terdahulu, Asyraf Wajdi berkongsikan aktivitinya memenuhi jemputan untuk menyampaikan Ucaptama dalam Persidangan Antarabangsa Islamic Retail Banking 2022 bertajuk “Islamic Digital Banking: A New Paradigm For Financial Inclusion”, anjuran Cambridge IFA, LPPI Bank Negara Indonesia dan Tazkia Institute.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan