30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Dua lelaki maut selepas kenderaan terbabas di KM 19.4 LDP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki maut akibat tersepit dalam sebuah kereta selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 19.4 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, pada jam 4.30 pagi.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong telah mengeluarkan kedua-dua mangsa itu dengan menggunakan peralatan khas.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis Toyota Wish telah terbabas dibahu jalan.

“Terdapat dua mangsa berbangsa Melayu dikenali Shahdad Idzham Roslee dan seorang tiada pengenalan diri masing-masing berumur lingkungan 21 tahun tersepit dibahagian tempat duduk hadapan.

“Setelah usaha mengeluarkan mangsa, mayat kemudiannya telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,”katanya.

Dalam kes berasingan, Norazam berkata, seorang lelaki cedera selepas kereta jenis Proton Satria yang dipandunya melanggar tiang telefon di Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, pada hari sama.

“Seramai tujuh anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah pergi ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 pagi,”katanya.

Norazam berkata, pihaknya mendapati mangsa berusia 30-an itu cedera di muka.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan itu telah diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan