24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai KPPA ditamatkan – KSN

Shafiq sebelum ini terbabit dengan satu kontroversi selepas seorang pegawai imigresen mengadu Shafiq mengherdiknya ditempat awam.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERKHIDMATAN Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ditamatkan berkuat kuasa semalam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata penamatan itu selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].

Beliau berkata Mohd Shafiq dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [AKTA 227] yang membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya.

“Keputusan ini diambil setelah melalui semua prosedur bagi Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan Peguam Negara.

“Saya bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam.

“Saya menyeru kepada semua penjawat awam untuk terus memberikan komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan demi negara yang kita cintai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sejak semalam satu gambar surat pemecatan berkenaan.

Shafiq sebelum ini terbabit dengan satu kontroversi selepas seorang pegawai imigresen mengadu Shafiq mengherdiknya ditempat awam.

Advertisements

Satu jawatankuasa tertinggi kemudiannya ditubuhkan untuk menjalankan siasatan.

Satu aduan rasmi difailkan oleh Jabatan Imigresen yang kemudiannya disusuli satu siasatan yang diarahkan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Panel siasatan diketuai Peguam Negara Idrus Harun dan dianggotai Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki dan Ketua Audit Negara, Nik Azman Nik Abdul.

Cadangan daripada jawatankuasa itu dibuat pada Oktober tetapi tiada maklumat mengenai keputusan tersebut.

Shafiq adalah ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, agensi persekutuan untuk menguruskan pelbagai perkhidmatan awam negara.

Beliau adalah ketua setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dilantik mengetuai JPA pada Februari lalu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan