30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lantikan politik ditamatkan serta merta

Ini bukan kali pertama pertukaran pentadbiran Persekutuan mengambil tindakan berkenaan apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 menamatkan khidmat pegawai kontrak melalui lantikan politik.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JEMAAH Menteri semalam telah memutuskan pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik ditamatkan perkhidmatan dengan serta-merta.

Menerusi sekeping surat bertarikh 14 Disember 2022 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian turut diminta untuk memberikan kerjasama bagi melaksanakan perkara tersebut.

“Jemaah menteri telah memutuskan supaya Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah bagi Badan Berkanun Persekutuan, Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan), Syarikat Berkaitan Kerajaan serta Syarikat Pelaburan berkaitan Kerajaan lantikan politik untuk ditamatkan dengan segera.

“Sehubungnan itu, kerjasama Datuk Seri dan Datuk diperlukan untuk melaksanakan perkara ini sewajarnya. Sekian terima kasih,” menurut kandungan surat yang tular sejak awal hari ini.

Ini bukan kali pertama pertukaran pentadbiran Persekutuan mengambil tindakan berkenaan apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 menamatkan khidmat pegawai kontrak melalui lantikan politik.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan berikutan terlalu banyak pembaziran semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan