32.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Penjawat awam main peranan pulih imej perkhidmatan awam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENJAWAT awam memainkan peranan penting dalam memulihkan semula imej perkhidmatan awam yang tercalar disebabkan tindakan segelintir yang terbabit dengan rasuah.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata, statistik tahun lalu menunjukkan kes rasuah dalam kalangan penjawat awam masih tinggi.

Menurut beliau, tahun lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan seramai 411 penjawat awam ditahan kerana terbabit aktiviti rasuah.

“Sekiranya kita ambil sikap tidak peduli terhadap kepentingan melaksanakan perubahan atau transformasi, perkhidmatan awam akan terjejas dan kita sebenarnya culas dalam melaksanakan amanah.

“Sebagai contoh pada 2021, statistik daripada SPRM menunjukkan jumlah penjawat awam yang ditangkap adalah 411 orang.

“Dalam hal ini kita harus memulihkan semula imej perkhidmatan kita dengan amalan budaya kerja berintegriti dan berprestasi tinggi,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Khas Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2022, pagi tadi.

Baca juga:   Saya tahu rakyat marah, tapi kerajaan tiada pilihan – Ismail Sabri

Untuk rekod, ketika ini, terdapat kira-kira 1.6 juta penjawat awam berkhidmat di negara ini.

Ujar Mohd Shafiq lagi, peranan serta tanggungjawab sebagai penjawat awam perlu sentiasa disemat kemas dalam minda serta hati nurani masing-masing dan sebarang tindakan diambil juga perlu menggambarkan identiti sebagai seorang penjawat awam.

“Teruskan menjadi penjawat awam berintegriti dan profesional. Apa sahaja yang kita sumbangkan dan usahakan, lambat laun akan memberi kesan yang baik kepada organisasi, masyarakat dan negara.

Baca juga:   Empat petugas media disahkan positif Covid-19

“Perkhidmatan kita adalah tanggungjawab kita,” katanya.

Terdahulu, beliau mengetengahkan empat fokus utama yang perlu diberi perhatian dalam memastikan perkhidmatan awam menjadi organisasi kekal relevan berdepan pelbagai perubahan dan cabaran pada masa depan.

Menurut beliau, empat fokus utama adalah menyegar semula penjawat awam, landskap baharu organisasi awam, perkhidmatan awam kalis masa hadapan dan bergerak bersama ke hadapan.

“Penjawat awam berfungsi sebagai pengubah keadaan untuk masa depan yang lebih baik terutama sejarah sudah membuktikan mereka adalah ejen perubahan yang efektif dan tidak dapat dinafikan dalam pembinaan negara.

“Untuk perkhidmatan awam menjadi organisasi yang terus kekal relevan, saya ingin mengajak semua penjawat awam untuk bersama-sama mencipta sejarah baharu berlandaskan empat fokus utama iaitu, menyegar semula penjawat awam; landskap baharu organisasi awam, perkhidmatan awam kalis masa hadapan dan bergerak bersama ke hadapan,” katanya.

Baca juga:   Kempen Teh Tarik CuepacsPA beri peluang peserta CuepacsCare miliki perlindungan tambahan

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lelaki ditahan, bunuh, tanam suami kekasih

SEORANG lelaki bertindak membunuh dan menanam suami kepada teman wanitanya kerana bimbang hubungan sulit terbongkar, di belakang sebuah rumah...

Lagi Artikel Berkaitan