Friday, June 5, 2026

Hanya lima peratus murid SKJC tidak hadir terima vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HANYA lima peratus murid di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SKJC) tidak hadir menerima vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV) sekolah di lapangan.

Itu makluman yang disampaikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan Twitter beliau hari ini.

Sementara itu, menurutnya, sebanyak 70 peratus murid di sekolah kebangsaan berdekatan pula tidak hadir menerima vaksin COVID-19.

“Ini realiti di lapangan. Terima kasih kepada ibu bapa yang melindungi anak anda,” ciapnya ringkas.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) merupakan program vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Ia yang dilancarkan pada 3 Februari lalu menggunakan vaksin jenis Comirnaty keluaran PfizerBioNTech.

Terkini, populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19 terus meningkat apabila sebanyak 289,912 atau 8.2 peratus, sehingga semalam.

Semalam saja, sebanyak 42,659 dos harian diberikan kepada kanak-kanak melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Kementerian Kesihatan Malaysia telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membolehkan 1,055 buah sekolah rendah dijadikan PPV bermula Isnin lalu. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan