29.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Kertas Putih reformasi sistem kesihatan dibentang di Parlimen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN dijangka akan membentangkan satu Kertas Putih berkaitan pemerkasaan sistem kesihatan di Parlimen dalam usaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau sendiri telah mencadangkan satu Kertas Putih berikutan sistem kesihatan sedia ada tidak kalis masa hadapan.

“Disumbang beban penyakit penyakit tidak berjangkit (NCD), termasuklah kanser, yang terus meningkat, Malaysia memerlukan satu reformasi sistem kesihatan dan ini merangkumi reformasi sistem pembiayaan kesihatan.

“Adalah harapan saya, Kertas Putih yang bakal disedia dan dibentangkan di Parlimen akan disokong semua pihak,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 di Institut Kanser Negara (IKN) hari ini, lapor Kosmo.

Majlis itu juga turut akan memperkenalkan buku National Strategic Plan for Cancer Control Programme (NSPCCP) 2021-2025 dan buku National Strategic Plan for Colorectal Cancer (NSPCRC) 2021-2025.

Baca juga:   'Ouster clause' Akta Pertubuhan perlu dikaji semula - Muhyiddin

Khairy berkata, walaupun kerajaan melaksanakan program PeKa B40 bagi menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah seperti saringan kanser tertentu dan bantuan alat perubatan, ia tidak memadai.

Katanya, seiring dengan isu ketidaksamaan dalam penjagaan kanser yang berlaku di dunia, setiap pesakit layak menerima penjagaan yang terbaik, sama seperti pesakit-pesakit yang lain.

Wartawan

Terkini

Parlimen: 1,337 banduan dijatuhkan hukuman mati

SERAMAI 1,337 banduan telah disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman mati sejak 2000. Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainudin...

Lagi Artikel Berkaitan