24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Muhyiddin di warung, ramai kongsi terima manfaat kerajaan PN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SARAPAN pagi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Warung Wak Long Corner Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor bukan sahaja disajikan menu enak, bahkan turut disajikan dengan luahan masyarakat setempat yang lega menerima manfaat semasa pimpinan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang lalu.

Muhyiddin dalam satu hantaran di Facebook berkongsikan reaksi orang ramai terhadap kunjungan beliau ke warung berkenaan.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Pakatan Nasional (PN), banyak juadah disediakan di warung yang diusahakan oleh pasangan suami isteri Mohd. Fazli Tumpang dan isterinya Jamilah Burabir.

“Antaranya nasi dagang Terengganu, nasi lemak, nasi himpit dan pelbagai lagi dan semua enak-enak belaka.

“Mohd. Fazli dan Jamilah merupakan generasi kedua Felda Tenggaroh dan mengusahakan kedai makan sejak beberapa tahun lalu.

“Mohd. Fazli juga antara penerima faedah Geran Khas Prihatin (GKP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dua tahun lalu sewaktu saya menjadi Perdana Menteri,” kongsinya hari ini.

Muhyiddin menyatakan, beliau bersyukur inisiatif yang diperkenalkan untuk membantu peniaga dan penjaja kecil sedikit sebanyak telah meringankan beban hidup mereka yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

“Mohd. Fazli memberitahu, kedua orang tuanya turut menerima manfaat daripada langkah kerajaan PN menghapuskan hutang peneroka Felda tahun lalu.

Advertisements

“Seperti selalu, saya juga mengambil peluang berbual dan bertanya khabar dengan penduduk setempat yang kebetulan turut bersarapan di warung tersebut.

Menurut Muhyiddin lagi, rata-rata yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana sudah dapat menjalani kehidupan seperti sebelum pandemik terutama selepas kerajaan PN melaksanakan program imunisasi secara besar-besaran sehingga membolehkan banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

“Ketika saya berbual dengan Haji Shukor Abas, beliau menceritakan bagimana pandemik memberi kesan teruk kepada perniagaan inap desa yang diusahakannya.

“Tidak ada orang yang mahu menyewa kerana sekatan pergerakan sekali gus menjejaskan pendapatan bulanan tambahannya.

“Haji Shukor juga mendapat manfaat daripada langkah kerajaan menghapus dan menyelaras balik hutang para peneroka Felda yang dilaksanakan oleh kerajaan PN tahun lepas,” katanya.

Muhyiddin mendoakan semoga perniagaan warung Mohd. Fazli dan inap desa Haji Shukor akan terus maju dan mendapat sambutan.

Terdahulu, beliau berkongsikan berada di lokasi berkenaan sempena majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Mersing yang diadakan malam tadi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan