25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Haqiem Stopa didakwa simpan gambar, video lucah bekas kekasih

Majistret Nur Hafizah Rajuni membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 23 Februari tahun depan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pencipta kandungan yang mempunyai sejuta pengikut dalam aplikasi TikTok, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas kekasihnya dalam dua telefon bimbit.

Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, didakwa menyimpan gambar dan video lucah wanita berumur 21 tahun itu di dalam galeri telefon bimbit jenama Iphone 13 Pro Max dan Iphone 7 Plus miliknya di sebuah rumah di Rawang pada 4.30 petang, 9 Disember lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Baca juga:   PM janji PRU-15 sebelum akhir Julai 2022

Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi mencadangkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya perlu menanggung ibu bapa yang uzur.

Majistret Nur Hafizah Rajuni membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 23 Februari tahun depan.

Pada 10 Disember lalu, media melaporkan lelaki itu ditahan polis pada Jumaat lepas kerana disyaki mengugut untuk menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

UMNO pecat Tun Faisal berkuat kuasa serta-merta

BEKAS Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan