29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

LRT laluan Kelana Jaya alami masalah brek

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERKHIDMATAN transit aliran ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya, sekali lagi mengalami gangguan sistem brek dan menyebabkan kekerapan semasa tren, bertambah tengah hari tadi.

Rapid KL menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, jangkaan kekerapan tren meningkat kepada 10 minit di beberapa stesen antara Kelana Jaya ke Lembah Subang.

“Hal tersebut berlaku disebabkan sebuah tren dibawa keluar daripada perkhidmatan kerana gangguan sistem brek.

“Jadual perjalanan sedang diselaraskan bagi memastikan kelancaran perjalanan bagi laluan berkenaan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.

Advertisements

Untuk maklumat lanjut, rujuk laman media sosial PRASARANA serta laman web https://myrapid.com.my.

Sebulan yang lalu media melaporkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sedang mengalami masalah sistem pemanduan automatik berhampiran stesen LRT KLCC.

Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali kepada perkhidmatan LRT, Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel dalam kenyataan memaklumkan masalah yang bermula pada 8.39 malam itu menyebabkan perkhidmatan tergendala di antara Stesen Kelana Jaya dengan Stesen KLCC.

Susulan itu, sebanyak 16 stesen di sepanjang LRT Laluan Kelana Jaya ditutup kira-kira seminggu selepas perkhidmatan laluan berkenaan mengalami gangguan dan terpaksa dihentikan, berpunca daripada sistem kawalan tren automatik (ATC), yang menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan tren. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan