30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PM dedah Agong tolak gaji sejak pandemik Covid-19 melanda

Sebelum ini, Anwar mengumumkan tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri malah, semua Jemaah Menteri juga bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus sebulan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bukan hanya beliau yang menolak gaji sebagai Perdana Menteri sebaliknya ia turut dilakukan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong menolak gaji yang diberikan kerajaan sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

“Saya juga nak sebut, bila kita kata kita laksanakan potongan gaji bagi menteri, dan penolakan gaji oleh Perdana Menteri, saya umumkan YDP Agong sebenarnya telah menolak gaji sejak COVID-19. Jadi, Tuanku lebih awal dari saya.

“Baginda tidak terima sebarang gaji dari kerajaan sejak COVID-19. Saya ingat elok kita berikan penjelasan ini, kerana itu sumbangan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong memandangkan masalah ekonomi sangat dekat dengan kehidupan rakyat,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri malah, semua Jemaah Menteri juga bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus sebulan.

Terdahulu, Anwar turut mengumumkan keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan tarif eletrik untuk rakyat, biarpun beban kewangan kerajaan akibat menanggung kos subsidi bahan itu mencecah sehingga RM30 bilion.

Ujarnya lagi, pengecualian daripada kenaikan tarif elektrik itu turut meliputi syarikat industri kecil sederhana, syarikat pertanian, dan syarikat pengeluar makanan.

Dalam pada itu Anwar berkata, mesyuarat Kabinet turut menyentuh mengenai beberapa perkara tertangguh, termasuk hasil penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, serta status tentang tuntutan Pulau Batu Putih.

“Kita membincangkan tentang masalah terkait dengan apa yang berlaku di Tabung Haji dan juga cadangan untuk perbaiki pengurusannya.

“Kemudian, kita minta Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun), untuk memberi penjelasan tentang kontroversi tuntutan Pulau Batu Puteh yang sekarang telah dipindahkan ke Singapura oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dan beberapa kesan sampingan.

“Kita juga akan minta diteliti semula supaya ada rundingan yang lebih bermakna segera dengan Singapura, supaya tidak ada apa-apa masalah berbangkit dari sudut hubungan dua negara sahabat ini,” katanya lagi.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan