34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bot tunda tanpa lesen ditahan zon Maritim Miri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ZON Maritim Miri telah menahan sebuah bot tunda bersama tongkang yang membawa muatan kayu balak pada jarak lebih kurang 20 batu nautika Kuala Sungai Miri, semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Paing berkata, daripada pemeriksaan lanjut mendapati ke atas bot tunda dan tongkang itu ianya dikendalikan oleh seorang nakhoda bersama lima kru lelaki.

“Nakhoda didapati telah gagal menunjukkan dokumen domestic shipping license (DSL).

“Bot tunda bersama tongkang dan semua enam kru adalah warga Malaysia, berusia dalam lingkungan 22 hingga 43 tahun.

Suspek yang ditahan oleh Zon Maritim Miri.

“Sehubungan dengan itu mereka ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 bagi kesalahan yang dilakukan,” katanya di sini.

Beliau berkata, sekiranya komuniti maritim di Miri mempunyai sebarang maklumat jenayah, terlihat aktiviti yang mencurigakan ataupun berhadapan situasi kecemasan di laut, hubungi terus talian Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-434055 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam setiap hari.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan