32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Zahid minta lanjutan masa hantar SD kepada Agong

Lanjutan masa itu setelah keputusan dibuat berdasarkan rundingan yang bakal dilakukan dengan mana-mana pihak.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta lanjutan masa untuk menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong petang nanti.

Bahkan menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, lanjutan masa itu adalah setelah keputusan dibuat berdasarkan rundingan yang bakal dilakukan dengan mana-mana pihak.

“Kami ahli-ahli parlimen BN akan menghantar SD yang telah dikemukan oleh Speaker Dewan Rakyat (Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun) dalam tempoh yang ditentukan.

“… (harap) Speaker Dewan Rakyat dapat lanjutkan sedikit jangka waktu yang agak lebih fleksibel untuk kami keluarkan SD setelah keputusan berdasarkan rundingan yang akan kami lakukan dengan mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pertemuan di hotel berkenaan, seramai 26 ahli Parlimen BN hadir, manakala dua lagi Ahli Parlimen tidak sihat iaitu Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias dan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengesahkan BN masih lagi belum ada kerjasama serta rundingan dengan Perikatan Nasional (PN) atau mana-mana pihak bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

Advertisements

Menurut beliau, Ahli Parlimen daripada BN yang menandatangani sebarang dokumen, termasuk SD untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah.

“Kami telah memutuskan ketetapan dan arahan parti yang diputuskan Dewan Tertinggi BN merupakan arahan standing order.

Bahkan menurut beliau, tindakan itu (ahli Parlimen BN tandatangani SD) melanggar Perlembagaan parti.

“Di dalam hal ini, mana-mana pihak yang keluarkan bahawa BN telah menyertai mana-mana gabungan adalah tidak benar.

“Mana-mana individu yang menandatangani atau SD kepada mana-mana calon Perdana Menteri selain ketetapan parti adalah tidak sah,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan