25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Tawaran PN lebih baik daripada PH, BN

PN juga bukan lagi 'underdog' tetapi sebuah gabungan yang berpengaruh dengan dokongan dan sokongan rakyat.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN NASIONAL (PN) mendakwa Tawaran PN yang diakui penganalisis politik adalah lebih baik daripada tawaran yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN juga telah terbukti mampu menguruskan negara bukan sahaja krisis kesihatan malah ekonomi.

“Lahirnya PN untuk menawarkan pilihan baharu yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

“PN juga bukan lagi ‘underdog’ tetapi sebuah gabungan yang berpengaruh dengan dokongan dan sokongan rakyat, khususnya orang Melayu,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Malam tadi, Muhyiddin berkesempatan hadir di Ceramah Jelajah Perikatan Nasional (PN BEST) di Pusat Perniagaan Meru Impian di Ipoh, Perak.

Beliau turut gembira melihat sambutan yang diterima terhadap PN.

“Saya telah menyaksikan gelombang kebangkitan PN dari utara di Kedah dan Perlis, hingga ke Johor dan Pahang.

“Semalam dan malam tadi juga saya melihatnya di Perak, menerusi sambutan hangat warga Felda Gunong Besout dan Meru di Ipoh.

“Walaupun hujan turun dengan lebatnya dari petang lagi sewaktu saya menghadiri program Kita Bersama Wira Kita di Felda Gunong Besout 3 di Sungkai, Alhamdulillah sambutan di kedua-dua program amat luar biasa.

Advertisements

“Saya datang ke Perak untuk memberi sokongan kepada calon-calon PN, khasnya kepada Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) yang akan berhadapan dengan Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Dalam masa sama beliau turut mengingatkan kepada pengundi supaya tidak salah membuat pilihan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Tidak berapa lama lagi kita akan berdepan dengan PRU15 dan kita perlu membuat pilihan yang tepat bagi memilih kerajaan terbaik untuk Malaysia.

“Kita tidak boleh salah membuat pilihan. Kita tidak mahu sejarah hitam berulang. Kita tidak mahu UMNO/BN, parti yang terpalit dengan isu kleptokrasi kembali.

“Kita juga tidak mahu PH kembali. Cukuplah 22 bulan yang cukup menekan dan menyeksakan.

“Ada beberapa contoh kes parti yang dipimpin oleh Anwar ini tidak langsung menghormati hak-hak Bumiputera, malah tindak-tanduk mereka menyanggah Perlembagaan dan hak kaum-kaum lain.

“Banyak lagi perkara tidak sepatutnya berlaku yang jika dibiarkan akan membawa musibah besar. Lebih-lebih lagi jika pemimpin yang hendak dipilih itu tidak berakhlak.

“Justeru marilah kita beramai-ramai memastikan sekurang-kurangnya 90 peratus penduduk negeri ini keluar mengundi dan memenangkan Perak untuk Perikatan Nasional,” katanya.

Ujar beliau, Insya-Allah, dengan berkat usaha dan kerja keras serta doa ikhlas kita semua, Perikatan Nasional mampu memenangi PRU-15 dan membentuk kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan