Thursday, June 4, 2026

Ibu maut, kereta dinaiki tujuh sekeluarga langgar belakang treler

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita maut manakala suami dan lima anak pasangan itu cedera selepas terbabit nahas kemalangan berhampiran restoran jejantas Sungai Buloh di Lebuh Raya Utara Selatan menghala Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada 6.10 pagi.

“Seramai lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh terus dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, mendapati kemalangan terbabit melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda Accord dan sebuah treler.

“Honda Accord yang dinaiki wanita terbabit bersama enam ahli keluarganya telah melanggar bahagian belakang sebuah treler di laluan sama.

“Akibat kemalangan itu, wanita berusia 38 tahun tersepit di bahagian penumpang hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, manakala, suami mangsa yang berusia 50 tahun dan anak perempuan mereka berusia 11 tahun dilaporkan parah.

“Sementara, empat lagi anak mereka termasuk pasangan kembar lelaki berusia antara lapan tahun hingga lapan bulan cedera ringan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan