24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Asistive Basic Income, lebih rasional dari pengeluaran ‘one-off’ KWSP

Skim bantuan pendapatan asas itu suatu langkah yang menyeluruh dan strategik untuk membasmi kemiskinan mutlak.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BARISAN NASIONAL tidak tergamak memancing undi rakyat dengan memperalatkan wang mereka sendiri, sebaliknya menawarkan “Assistive Basic Income” yang bersifat kesejahteraan berpanjangan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ada yang bertanya mengapa BN tidak seperti Perikatan Nasional (PN) menawarkan satu lagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memancing undi.

“Bagi BN sangat tidak jujur memperalat wang simpanan rakyat sebagai modal dan perkakas untuk memikat undi.

“Jika ada keperluan untuk satu lagi pengeluaran KWSP di masa depan perlulah atas sebab yang jujur. BN sebaliknya tampil dengan tawaran yang jauh lebih rasional serta berkesan untuk membantu rakyat.

“BN menerusi Pelan Amal dan Usaha (PADU) menawarkan skim “Assistive Basic Income”.“Assistive Basic Income” bersifat jangka masa panjang berbanding pemberian satu lagi pengeluaran ‘one-off’ KWSP,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Jelas Zahid, menerusi skim itu kerajaan BN akan mengkreditkan kepada isi rumah yang pendapatan bawah RM2,208.

Advertisements

“Sebagai contoh keluarga dengan pendapatan minimum RM1,500 diberi ‘top up’ bulanan oleh kerajaan BN.

“`Top up’ RM708 sebulan supaya setiap isi rumah mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM2,208 sebulan. Ini bermakna insiden kemiskinan mutlak hanya akan tinggal sejarah di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),”katanya.

Beliau berkata, skim bantuan pendapatan asas itu suatu langkah yang menyeluruh dan strategik untuk membasmi kemiskinan mutlak.

“Ia juga langkah yang progresif oleh BN untuk bantu rakyat tatkala dunia diramal berdepan kemelesetan global.

“Ya memang benar bahawa BN pernah mendesak rakyat dibenar mengeluarkan wang KWSP sebelum ini namun ia adalah pada waktu mendesak.

“Sewaktu rakyat hilang pekerjaan dan sumber pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang paling lama dalam dunia oleh kerajaan PN. Semasa rakyat terpaksa mengangkat `bendera putih’ akibat pentadbiran gagal Perdana Menteri Abah 17 bulan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan