26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Ismail Sabri bidas dongeng pembangkang Zahid jadi PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas dongeng pembangkang bahawa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi perdana menteri (PM) jika BN memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ismail Sabri berkata, seluruh kepimpinan BN, termasuk Pengerusi BN itu sendiri Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan dan lain-lain jelas mengatakan beliau satu-satunya calon perdana menteri.

“Tetapi kita tahu Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) akan cuba jual cerita dongeng mereka.

“BN jelas apa yang perlu kita lakukan. Dari awal lagi kita sudah umum siapa calon perdana menteri dan manifesto kita bukan sahaja menyentuh soal ekonomi tetapi transformasi institusi.

“Presiden MCA dan MIC juga membuat kenyataan malah terbaharu Presiden UMNO mengulangi bahawa tidak ada calon lain sebagai perdana menteri kecuali saya,” katanya dalam temubual bersama FMT.

Ismail Sabri menganggap disebalik persepsi yang cuba dimainkan oleh parti lawan mengenai isu jawatan perdana menteri, ia memberi kelebihan kepadanya dan BN secara keseluruhannya.

Beliau berkata, ia menggambarkan bahawa tidak ada isu yang boleh dimainkan terhadap BN.

Advertisements

“Hanya isu mengenai siapa jadi PM. Pembangkang juga cuba menggambarkan bahawa jika saya tidak menjadi PM, boleh menurunkan sokongan kepada BN.

“Ianya boleh menjadikan seolah-olah satu kekuatan kepada saya untuk menarik pengundi untuk mengundi BN,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau melihat secara positif apabila pemimpin PH memberi amaran kepada pengundi bawah undi untuk BN adalah undi untuk Zahid sebagai perdana menteri, manakala PN menuduhnya sebagai boneka Zahid.

“Maknanya mereka mungkin takut kalau saya kekal sebagai calon perdana menteri. Sebab itu mereka cuba mengelirukan. Tentu sahaja mereka mahu supaya kepimpinan BN dan UMNO berpecah,” katanya.

Naratif bahawa Zahid yang juga Presiden UMNO akan menjadi Perdana Menteri jika BN memenangi PRU-15 dimomokkan pembangkang sejak sebelum pembubaran Parlimen lagi.

Malah mereka cuba menakut-nakutkan pengundi di kawasan yang dirasakan tergugat seperti Sungai Buloh dengan menjaja konon satu undi yang diberikan kepada Khairy Jamaluddin bermakna memberi satu undi kepada Zahid untuk menjadi Perdana Menteri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan