32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

BN, PH sukar bentuk kerajaan secara bersendirian

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan (PH) dilihat sukar untuk membentuk kerajaan secara bersendirian dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata seorang penganalisis politik.

Pakar Geostrategik Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Azmi Abu Hassan berkata, malahan kesukaran itu juga bakal dihadapi oleh Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) memandangkan mereka sukar untuk mendapat majoriti mudah.

Beliau berkata, parti-parti tersebut hanya mampu mengutip paling maksimum sebanyak 90 kerusi dan mereka perlu bergabung sama ada dengan gabungan parti lain di Semenanjung atau rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak.

“Saya jangka tidak ada daripada empat entiti besar di Semenanjung ini mampu membentuk kerajaan secara bersendirian. Mereka perlukan pertolongan daripada samada GPS (Gabungan Parti Sarawak) mahupun GRS (Gabungan Rakyat Sabah).

“Keadaan persaingan empat entiti besar ini menyebabkan sukar untuk mereka mendapatkan majoriti mudah 120 kerusi. Paling maksimum hanyalah 90 kerusi sahaja,” katanya ketika dihubungi Edisi 9 hari ini.

AZMI HASSAN

Sementara itu, Azmi berkata, setakat ini, kawasan pengundi Melayu menjadi tumpuan parti-parti yang bertanding berbanding kawasan bukan Melayu untuk berkempen secara fizikal.

Kempen di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu terutama kaum Cina tidak begitu meriah kerana mereka sudah pun membuat keputusan parti dan calon mana yang akan mereka undi.

Sehubungan itu, parti-parti dan calon juga tidak begitu agresif berkempen di kawasan berkenaan.

Ini berbeza dengan kawasan majoriti Melayu kerana mereka mempunyai empat pilihan atau lebih untuk membuat keputusan calon dan parti mana yang akan dipilih pada 19 November ini.

Untuk rekod PH bertanding sebanyak 206 kerusi dalam PRU-15 diikuti oleh BN (178 kerusi), PN (149) dan GTS sebanyak 116 kerusi.

BN dan GTA tidak meletakkan calon mereka di Sarawak manakala calon bebas yang bertanding kali ini adalah seramai 108 orang. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan