26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Semua pihak wajib junjung titah Agong – Zahid

Mesti Baca

SEMUA pihak wajib menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya bekerjasama membangunkan negara serta mengelakkan kemelut politik yang boleh merencatkan ekonomi dan pembangunan negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut perlu diterima dengan baik oleh semua pihak kerana ia sudah diperhalusi dengan sebaiknya oleh Seri Paduka Baginda dan Raja-raja Melayu.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perkenan Seri Paduka Baginda dan Raja-raja Melayu yang menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-10 hari ini.

“Meskipun mengambil masa beberapa hari dan diikuti oleh seluruh dunia proses yang berlaku ini namun kita bersyukur kepada Allah ia berjalan dengan baik tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

“Kita doakan Malaysia akan bertambah baik di bawah Kerajaan Perpaduan yang akan dibentuk nanti di bawah kepimpinan beliau,” katanya malam ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 selepas lima hari Parlimen dalam keadaan tergantung ekoran tiada parti atau parti gabungan mendapat majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November lalu.

Dalam sidang media khas malam ini, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mempelawa parti-parti lain menganggotai Kerajaan Perpaduan sepertimana dititakan oleh Yangd di-Pertuan Agong.

Katanya, pada masa kini kerajaan yang diterajui itu terdiri daripada 82 ahli Parlimen PH, 30 wakil Barisan Nasional (BN) serta 23 dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) selain tiga dari Warisan dan dua bebas. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan