Wednesday, July 22, 2026

Anwar mula bertugas sebagai Perdana Menteri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim memulakan tugas sebagai Perdana Menteri secara rasmi hari ini.

Kenderaan yang membawa beliau tiba di perkarangan bangunan Perdana Putra, Putrajaya pukul 9.52 pagi.

Sebaik sahaja tiba di pintu protokol, Perdana Menteri sempat melambaikan tangan ke arah pengamal media yang berada di pintu masuk berkenaan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Ahli Parlimen Tambun itu akan mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermula tugas beliau sebagai Perdana Menteri Ke-10 Malaysia.

Memetik laporan Astro AWANI, beliau selepas itu akan menuju ke pejabat Perdana Menteri untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.

Antara individu yang turut hadir adalah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Difahamkan, Anwar bakal mengadakan sidang media di premis pejabatnya namun hanya terbuka kepada media rasmi sahaja untuk membuat liputan.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan