27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Perjuangan PN tidak akan terhenti – Radzi Jidin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERJUANGAN Perikatan Nasional (PN) untuk membina negara yang lebih gemilang berpaksikan prihatin, bersih dan stabil tidak akan terhenti hari ini, kata Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin.

Sebaliknya, bekas Menteri Kanan Pendidikan itu berkata, sebaliknya para pengundi dan penyokong parti itu perlulah terus bergerak untuk ke arah tersebut biarpun PN gagal membentuk kerajaan.

“Ramai dalam kalangan sahabat penyokong menyatakan kesedihan mereka apabila PN tidak dapat membentuk kerajaan.

“Usah bersedih sahabat semua. Api perubahan dan kebangkitan rakyat ini akan terus kita semarakkan.

“Perjuangan membina Malaysia yang lebih gemilang berpaksikan prihatin, bersih dan stabil tidak akan terhenti hari ini,” katanya hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Bersatu percaya kegagalan PN membentuk kerajaan selepas mencipta kejayaan baik dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ada hikmahnya.

Bagaimanapun, beliau pada PRU-14 lalu bertanding di Parlimen Ketereh tetapi tewas berkata, apa yang penting gelombang sokongan kepada PN pada PRU-15 lalu amat luar biasa.

Katanya, ini termasuk kalangan penjawat awam yang sama-sama memebri sokongan kepada beliau sehingga memperoleh kejayaan.

Dalam PRU-15, Radzi berjaya menumbangkan penyandang kerusi Parlimen Putrajaya selama empat penggal, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan majoriti 2,310 undi dalam persaingan enam penjuru itu.

Secara keseluruhannya, PN berjaya mengumpul 73 kerusi termasuk 22 kerusi Pas yang bertanding atas bendera sendiri di Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun, jumlah itu belum cukup untuk PN membentuk kerajaan ketika keputusan menyaksikan tiada mana-mana parti atau parti gabungan berjaya memperoleh majoriti mudah.

PN kemudian mendakwa berjaya mengumpul 112 akuan bersumpah ahli Parlimen yang memberi kepercayaan kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Walaupun begitu, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan akan menerajui Kerajaan Perpaduan selepas menerima titah pandangan daripada Raja-raja Melayu. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan