29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

Apa yang berlaku ada hikmah, yang penting jujur – Hadi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin segala yang berlaku termasuk kegagalan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan mempunyai hikmahnya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, apa yang penting ialah kejujuran kepada rakyat, bersanar dan tetap istiqamah.

“Segala yang berlaku telah berlaku, pasti ada hikmah. Terima kasih kepada rakyat atas sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, mereka telah berusaha sedaya upaya untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu bagi membolehkan parti itu mentadbir negara.

Bagaimanapun, harapan itu berkecai apabila Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 dan mengetuai Kerajaan Perpaduan, selepas mendapat titah pandangan Raja-raja Melayu.

Dalam pada itu, Abdu Hadi sekali lagi mengulangi tuntutan PN agar Anwar menunjukkan bukti bahawa beliau mempunyai sokongan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Baca juga:   Masalah rakyat belum selesai, jangan kerap sangat pilihan raya

“Seterusnya Perdana Menteri perlu membuktikan sokongan sebenar yang diterima.

“Kepada rakyat, kami akan terus berkhidmat. Kepada negara, kami akan terus berbakti,” katanya.

Semalam, Anwar dalam sidang media pertama selepas mengangkat sumpah jawatan berkata, kerajaan akan mengusulkan undi percaya terhadap beliau apabila Parlimen bersidang pada 19 Disember nanti.

Usul undi percaya kepada Perdana Menteri itu akan menjadi agenda pertama sidang Parlimen tersebut.

Katanya, ia bagi menjawab pihak-pihak yang mempersoal sokongan yang diterima sehingga membolehkan dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10. – Edisi 9

Baca juga:   Tuduh Anwar ejen Israel, Hadi disiasat polis

Wartawan

Terkini

Muhyiddin, Khairy, Zafrul berdepan siasatan SPRM

TAN Sri Muhyiddin Yassin bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan