34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Anwar umum Isnin depan cuti peristiwa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan cuti peristiwa pada Isnin minggu depan (28 November) sempena pembentukan Kerajaan Perpaduan hari ini.

Perkara itu diumumkan pada sidang media pertama beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 di Kajang.

“Saya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan Yang di-Pertuan Agong kerana saya sudah janji untuk beri cuti dan dianjak kepada Isnin depan” katanya.

Beliau hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di depan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berlangsung di Istana Negara pukul 5.00 petang.

Berikut intipati sidang media pertama Anwar:

1. Komited mempertahankan Perlembagaan – Bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan kaum Melayu tanpa meminggirkan hak kaum Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak serta Orang Asli.

2. Pemerintahan dibentuk dengan dukungan padu dan mantap dari tiga gabungan terbesar yakni Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak.

3. Kerajaan akan menjamin dan menjaga hak semua rakyat Malaysia khususnya golongan yang terpinggir dan melarat tanpa kira bangsa dan agama.

4. Fokus nombor satu saat ini adalah agenda pengukuhan ekonomi.

5. Melawan rasuah dan penyelewengan secara serius dan habis-habisan dengan menggerakkan agenda reformasi tatakelola (governance) pemerintahan.

6. Usul Undi Percaya akan menjadi agenda pertama sewaktu Sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini.

7. Tetap menolak untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri.

8. Isnin, 28 November 2022 ini adalah CUTI UMUM seluruh negara.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan