36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jokowi ketua negara pertama ucap tahniah kepada Anwar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo menjadi ketua negara pertama yang menyampaikan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysi Ke-10.

Anwar yang berkongsi perbualan telefon beliau dengan Joko Widodo atau mesra dipanggil Jokowi itu berkata, Indonesia merupakan sahabat sejati Malaysia dan berharap hubungan antara kedua negara dapat dipertingkatkan.

“Terima kasih Presiden Indonesia Bapak Joko Widodo yang menjadi kepala (ketua) negara pertama yang menghubungi saya mengucapkan tahniah.

“Saya tegaskan Indonesia merupakan sahabat sejati Malaysia dan saya mengharapkan hubungan dagang dan bisnis, investasi, budaya dan isu pekerja dapat dipertingkatkan. Persahabatan kedua-dua semestinya diperkukuh,” katanya.

Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diperkenan oleh Baginda selepas mendapat titah pandangan Raja-raja Melayu yang mengadakan mesyuarat khas.

Sebelum ini, Parlimen Malaysia tergantung sejak Sabtu lalu berikutan tiada parti atau parti gabungan yang berjaya mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ekoran itu, Seri Paduka Baginda menitahkan agar Kerajaan Perpaduan dibentuk membabitkan semua parti-parti politik yang memenangi kerusi dalam PRU-15 bagi menamatkan kemelut politik daripada berlarutan.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan