24 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Speaker bincang dengan PM tarikh pembukaan Parlimen ke-15

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tarikh pembukaan persidangan Parlimen ke-15, dalam masa terdekat.

Beliau menjangkakan persidangan pertama Parlimen selepas pembentukan kerajaan baharu diadakan pada bulan depan.

“Saya rasa perhatian utama sekarang ialah bagi pembentangan bajet mini bagi menjamin operasi negara berjalan lancar bagi Januari 2023, jadi ia (persidangan) perlu dibuat sebelum tahun baharu (2023),”katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara, hari ini.

Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata, satu sesi sidang khas Parlimen perlu diadakan bagi membentangkan belanjawan khas atau mini Bajet 2023 antaranya untuk membayar gaji penjawat awam sebelum 31 Disember.

Baca juga:   Zuraida masih menteri, boleh sertai mesyuarat Kabinet

Bajet 2023 dibentangkan pada 7 Okt lepas oleh Menteri Kewangan ketika itu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion manakala Parlimen dibubarkan tiga hari selepas itu bagi memberi memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Klip video amaran rusuhan 13 Mei kandungan berbayar – MCMC

TIGA klip video berhubung amaran rusuhan 13 Mei yang dimuatkan di dalam aplikasi TikTok merupakan kandungan berbayar, kata Suruhanjaya...

Lagi Artikel Berkaitan