24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rakyat mula tolak pemimpin korup, terpalit kes rasuah – Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GELOMBANG rakyat untuk membersihkan negara daripada kemungkaran sudah kelihatan dalam tempoh beberapa hari ini, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, rakyat seperti sudah sedar dan mula menolak pemimpin yang korup dan terpalit dengan pelbagai kes rasuah atau pecah amanah.

“Kalau negara ini terlepas ke tangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, bagaimana dengan nasib anak cucu kita di masa hadapan? Fikirlah masak-masak,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini.

Terdahulu Muhyiddin berpeluang bersarapan di Medan Makan Pekan Jitra sebelum ke Dataran Perniagaan Haji Mohd Salleh di Pekan Padang Sera, Kodiang, Kedah.

Katanya, semasa meninjau sekitar Medan Makan Pekan Jerlun, beliau merasa bangga bilamana beberapa peniaga kecil mengatakan perniagaan mereka sudah beransur pulih.

“Ada juga yang berterima kasih kerana bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang diterima daripada Kerajaan PN semasa saya menjadi Perdana Menteri banyak membantu mereka untuk terus berniaga. Alhamdulillah.

Advertisements

“Pilihan raya umum kali ini amat penting dalam sejarah negara. Ia amat luar biasa.

“Jadi amat perlu untuk kita semua khususnya jentera parti bekerja keras memastikan kemenangan besar PN dalam PRU-15. Kita hendak membentuk kerajaan yang stabil.

“Justeru sokonglah calon-calon Perikatan Nasional yang telah terbukti bebas rasuah.

“Di Kawasan Parlimen Jerlun P.005 ini, sokonglah calon kita daripada Pas iaitu Dr. Abd Ghani Ahmad atau Ustaz Ghani,” katanya.

Parlimen Jerlun menyaksikan pertembungan empat penjuru apabila Abd Ghani dicabar oleh penyandang kerusi tersebut, Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada parti Pejuang, Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali (Pakatan Harapan) dan Datuk Othman Aziz dari Barisan Nasional. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan