Thursday, June 4, 2026

Polis giat buru suspek rosakkan bendera, poster parti politik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS giat menggandakan usaha memburu individu atau suspek yang bertanggungjawab dalam perbuatan khianat kerana disyaki terlibat merosakkan bendera dan poster Barisan Nasional (BN).

Ketua Polis Daerah Brickifields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, ini kerana pihaknya telah menerima aduan daripada Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Cawangan Lembah Kiara mengenai berbuatan sabotaj itu.

Katanya, dalam aduan itu pengadu mendakwa dia telah dimaklumkan oleh rakannya melalui pesanan Whatsapp bahawa bendera dan poster parti BN yang diletakkan di kawasan Taman TTDI telah dirosakkan oleh seseorang.

“Sejurus menerima maklumat dari rakannya itu, pengadu telah bergegas ke tempat kejadian bagi mengesahkan dakwaan rakannya itu sebelum mendapati tali yang menggantungkan bendera dan poster BN telah dipotong.

“Hasil siasatan awal mendapati tempat kejadian pertama berlaku di Persimpangan Jalan Athinahpan TTDI, Kuala Lumpur.

“Manakala, tempat kejadian kedua berlaku di jambatan di Jalan Burhanuddin Helmi 1.

“Kedua-dua lokasi berkenaan yang sebelum ini bendera parti BN digantung dengan tali plastik serta poster telah dikhianat. Suspek telah memotong tali plastik pada bendera dan poster tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil semakan, pihak polis mendapati tiada rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) dari kediaman yang fokus ke tempat kejadian dan tiada CCTV daripada ITIS di tempat kejadian sama.

Sehubungan dengan itu, menurutnya, kes berkenaan kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah Khianat

“Jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan