25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Polis tahan 3 lelaki serang pemandu ambulans ketika bertugas

Ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 malam sekitar daerah Kuala Selangor.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA lelaki termasuk remaja ditahan polis semalam susulan menyerang pemandu ambulans yang sedang bertugas membawa pesakit wanita di sebuah pasar raya.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 malam sekitar daerah Kuala Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, penangkapan itu dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada seorang Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tanjung Karang berusia 27 tahun.

“Berdasarkan laporan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam, Isnin lalu apabila seorang pemandu ambulans diserang ketika membawa dan memindahkan seorang wanita yang cedera di sebuah pasar raya ke ambulans.

“Ekoran laporan itu, polis kemudiannya menahan tiga lelaki yang terbabit dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Ramli lagi, punca kejadian masih dalam siasatan dan permohonan reman terhadap kesemua suspek dibuat pagi ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular video berdurasi 32 saat memaparkan detik-detik tegang apabila kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dihalang sewaktu sedang memindahkan seorang pesakit menggunakan stretcher (katil beroda).

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan