30 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 23, 2024

Bayaran BKM Fasa 4 dipercepat, mula kredit Selasa ini

Sebanyak RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BANTUAN Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran bernilai RM2.1 bilion itu bakal memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas, bujang serta yang tiada pasangan.

“Secara keseluruhannya, sebanyak RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.

“Untuk BKM Fasa 4 pula, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing dan ia merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurut Ismail Sabri, keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan ini.

“Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November ini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh dirujuk di portal rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my,” ujar beliau. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mana mungkin saya berkomplot khianati parti UMNO – Nizar Najib

"MANA mungkin saya akan berkomplot untuk mengkhianati parti yang keluarga saya perjuangkan bersama-sama orang UMNO yang lain sejak ia...

Lagi Artikel Berkaitan