24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PH lamar BN ‘depan-depan’, PN ikut ‘pintu belakang’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PAKATAN Harapan (PH) dikatakan lebih gentlemen dan beradab dalam usaha mereka menarik sokongan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk penubuhan kerajaan berbanding Perikatan Nasional (PN).

Ini kerana, menurut Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, PH diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama lima pemimpin mereka datang bertemu dengan kepimpinan BN di Hotel Seri Pacific bagi ‘melamar’ parti itu untuk bekerjasama dengan PH.

Sebaliknya, beliau berkata, PN pula masih berperangai lama dengan cuba membuat rundingan secara rahsia dan mencuri 10 Ahli Parlimen BN untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Sebab itulah, pertemuan dengan PN yang sepatutnya dijadualkan sejak dua hari lalu terpaksa ditunda beberapa kali.

“Pertemuan yang ditunda itu kononnya disebabkan PN sudah cukup numbers atau bilangan ahli-ahli Parlimen yang menyokong perlantikan Muhyiddin sebagai PM.

“Hinggalah apabila 10 akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani oleh Ahli-Ahli Parlimen BN ditarik balik atas arahan Dewan Tertinggi BN, barulah mereka menyatakan kesediaan untuk bertemu pada hari ini pukul 3.30 petang,” katanya hari ini.

Advertisements

Asyraf Wajdi mengulas laporan yang menyebut wujud ‘Langkah St Regis’ apabila Datuk Seri Ismail Sabri serta beberapa pemimpin UMNO dikatakan mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin di hotel tersebut.

Calon BN di Gerik, Perak namun tewas itu berkata, pertemuan tersebut selaras dengan pendirian Dewan Tertinggi BN untuk bersikap terbuka bagi bertemu dan berunding dengan dua parti gabungan terbesar PH dan PN berhubung penubuhan kerajaan perpaduan.

Asyraf Wajdi berkata, BN sudah menerima tawaran yang dibuat oleh pihak PH manakala hari ini PN pula akan membentangkan tawaran yang akan diberikan.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini bagi memperhalusi kedua-dua tawaran PH dan PN sekaligus akan akur dengan titah Seri Paduka Baginda agar BN memberi sokongan untuk pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Cuma persoalannya kenapakah PN begitu bongkak dan sombong untuk menolak Titah Nasihat Tuanku Agong agar dibentuk Kerajaan Perpaduan ya?,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan