25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

‘Kami tak curi, mereka sukarela sokong Muhyiddin’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) nafi mencuri 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebaliknya mereka secara sukarela menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, adalah menjadi hak setiap ahli Dewan Rakyat yang telah memenangi kerusi parlimennya untuk memberi sokongan kepada mana-mana ahli Dewan Rakyat untuk dicalonkan menjadi Perdana Menteri.

“Mana ada istilah curi, tipu nak dapat akuan bersumpah! Mereka beri secara rela hati.

“Yang menipu adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tipu parti sendiri dan tipu Yang di-Pertuan Agong.

Advertisements

“Ittaqullah Datuk Dr Asyraf Wajdi! Di mana sifat rujulah kamu dalam melawan kemungkaran Zahid Hamidi,” soal beliau dalam hantaran Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal membidas Asyraf Wajdi yang juga Ketua Pemuda UMNO kerana bukan sahaja membisu seribu bahasa, tetapi juga bersikap bacul untuk menegur Ahmad Zahid yang menipu BN apabila menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Yang dia sampai hari ini membisu seribu bahasa ialah bacul menegur Zahid yang jelas menipu Dewan Tertinggi BN dan ahli-ahli Parlimen BN yang jelas menolak Anwar dan DAP dalam membentuk kerajaan, “katanya.

Terdahulu, Asyraf Wajdi yang juga Ketua Pemuda Umno memuji kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat ‘gentlemen’ berhubung kerjasama dengan BN berbanding PN yang senyap-senyap mencuri 10 Ahli Parlimen parti itu untuk menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan