26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Petugas PDRM perlu kekal profesionalisme, kawal emosi – KPN

Sebagai agensi penguatkuasaan utama negara, PDRM akan terus kekal komited dalam mempertahankan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH 80,000 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam penugasan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diharap dapat mengekalkan tahap profesionalisme tinggi, mampu mengawal emosi dan sentiasa berhemah apabila berhadapan dengan sebarang bentuk provokasi.

Ketua Polis Negara,Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, petugas PDRM juga diminta mengelakkan diri daripada terlibat dengan situasi yang boleh mengakibatkan ketegangan dan mewujudkan implikasi yang mampu mencalarkan kredibiliti pasukan.

“Sebagai agensi penguatkuasaan utama negara, PDRM akan terus kekal komited dalam mempertahankan keselamatan negara dan ketenteraman awam dalam setiap situasi selari dalam kehendak Akta Polis 1967.

“Pasakkanlah nawaitu (niat) dan tanamkanlah tekad yang kuat untuk menjalankan amanah ini dengan penuh integriti, ikhlas dan sabar.

Baca juga:   OKT nekad loloskan diri bonceng motosikal teman lelaki

“Semoga setiap pengorbanan yang kita curahkan, dengan penuh rasa kecintaan dan keikhlasan di jalan jihad ini, akan mendapat ganjaran yang setimpal daripada-Nya jua,” katanya.

Acryl Sani berkata demikian dalam Ucapan Khas Ketua Polis Negara Untuk Semua Petugas PDRM sempena PRU15 di laman rasmi Facebook PDRM malam tadi.

Beliau juga turut mendoakan agar semua petugas PDRM, sentiasa dilindungi Allah serta dijauhkan daripada sebarang malapetaka.

“Saya melahirkan rasa bangga kepada semua warga polis terlibat dalam secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kelancaran proses PRU15 yang sedang dihadapi ketika ini.

“Kepada semua warga PDRM, yang bertugas di lapangan untuk memastikan kelancaran proses PRU15, saya percaya dan yakin, kalian akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan sebaik mungkin,” katanya.

Baca juga:   Ugut bunuh diri, elak bayar wang pelaburan rakan RM780,276

Beliau berkata, komitmen penuh daripada mereka yang akan terlibat sebagai pasukan bantuan di bahagian kontinjen di setiap negeri akan meningkatkan keupayaan jentera PDRM dalam memastikan keseluruhan proses PRU15 akan berlangsung dalam situasi yang selamat dan tenteram.

“Saya berharap semua warga PDRM telah pun melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan (termasuk latihan-latihan yang telah dilaksanakan lebih awal), mengenai penugasan kelak.

“Oleh yang demikian, ini merupakan peluang untuk anda semua mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya belajar daripada pengalaman,” katanya.— BERNAMA

Baca juga:   PN sedia pengangkutan pada hari mengundi

Wartawan

Terkini

Op Tapis Khas: 28,710 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 28,710 individu kerana disyaki terbabit pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam 'Op Tapis...

Lagi Artikel Berkaitan