31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PN akan berusaha selesaikan tuntutan MA63 jika ketuai kerajaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) akan berusaha menyelesaikan tuntutan-tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sekiranya diberi kepercayaan mengetuai kerajaan sekali lagi.

Perkara itu kata Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara tawaran yang diberikan PN ke atas Sabah dan Sarawak.

“Mengenai Sabah dan Sarawak, PN akan berusaha menyelesaikan tuntutan-tuntutan dalam MA63 dengan sebahagiannya sudah ditunaikan ketika menjadi kerajaan sedikit masa dahulu.

“Walaupun kita tidak lama menjadi kerajaan beberapa isu berkaitan royalti minyak dan gas berjaya diselesaikan tidak sampai setahun berbanding dengan Barisan Nasional (BN) walaupun sudah sekian lama memerintah.

“Ini membuktikan keikhlasan PN dalam membantu dan menyelesaikan masalah kedua-dua negeri itu.

“Saya tegaskan sekali lagi segala tawaran ini akan dapat dilaksanakan sekali lagi jika rakyat memilih PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu ini dan menolak BN dan Pakatan Harapan (PH) yang sudah terbukti gagal ketika 22 bulan menjadi kerajaan,”katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Selain itu, kata beliau, beberapa Tawaran PN Best lagi akan diberikan kepada rakyat.

“Antaranya menyediakan sejuta peluang pekerjaan berkualiti dan berpendapatan tinggi yang sudah pasti melegakan kerisauan para penuntut di institusi pengajian tinggi dalam mencari pekerjaan apabila tamat belajar nanti.

“Malah kita telah buktikan perkara ini ketika musim pandemik COVID-19, kerajaan PN masih mampu menyediakan kira-kira 530,000 peluang pekerjaan yang dapat membantu mereka menyara keluarga dan ibu bapa di kampung,”katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, PN turut menawarkan pelbagai skim untuk golongan muda yang baru memulakan kehidupan seperti rumah mampu milik yang sudah tentu dapat mengurangkan beban kehidupan terutama ketika inflasi.

“Kita juga akan menambah baik skim perkhidmatan pasukan keselamatan dari aspek gaji, elaun serta faedah-faedah lain termasuk kumpulan veteran tentera dan polis,”katanya yang terharu melihat kehadiran ramai penduduk setempat walaupun hujan lebat.

Terdahulu, beliau hadir pada Jelajah PN Best di Flat PKNS Seksyen 18, Shah Alam dan Padang Awam AU2, Datuk Keramat. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan