PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan parti tersebut telah membuat ketetapan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata demikian berhubung laporan media mengenai kerjasama Bersatu dan PH.
“Bersatu telah membuat ketetapan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan PH dalam menghadapi PRU-15.
“Bersatu juga mengambil maklum pendirian Majlis Presiden PH yang telah membuat keputusan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ujar Muhyiddin lagi, Bersatu akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk memperkukuhkan PN bersama PAS, Gerakan, Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah sebagai gabungan politik pelbagai kaum di negara ini.
“… (gabungan politik pelbagai kaum ) yang berhasrat menawarkan kepimpinan bebas rasuah, cekap dan prihatin demi kemakmuran seluruh rakyat.
“Selaras dengan prinsip demokrasi dan kebebasan rakyat untuk memilih, Bersatu bersedia untuk menghadapi pertandingan pelbagai penjuru dalam PRU-15 melibatkan PN, Barisan Nasional (BN), PH dan parti-parti politik lain yang akan bertanding.
-EDISI9

