31 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Siasatan buku Tommy Thomas beri tekanan kepada PH

Rakyat diingatkan jangan sesekali lupa tindakan PH ketika berkuasa selama 22 bulan menggugurkan banyak kes-kes mahkamah yang melibatkan kepimpinan mereka.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PAKATAN Harapan (PH) berada dalam tekanan apabila Kabinet memutuskan untuk mendedahkan hasil siasatan buku Memoir Tommy Thomas.

Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin, pemimpin PH sedar mereka sememangnya terpalit dengan isu tersebut.

“Dengan pendedahan yang dibuat ini sudah semestinya akan membuatkan pimpinan PH seperti Rafizi Ramli, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan ramai lagi akan diheret ke mahkamah jika mereka tewas pada PRU kali ini.

“Perkara ini akan berlaku apabila Tommy Thomas akan mendedahkan segalanya kerana tidak mungkin semua perkara boleh dilindungi dalam siasatan itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

SHAHRUL NASRUN KAMARUDIN

Tambah beliau, pemimpin PH akan menggunakan peluang berkempen pada PRU kali ini untuk menghasut rakyat demi untuk memastikan mereka tidak dikaitkan dengan hasil siasatan buku tersebut.

“Apa yang PH lakukan untuk pastikan perkara ini tidak berlaku?Mereka akan terus-menerus menghasut rakyat, menakutkan rakyat dengan fitnah, janji bulan dan bintang, kerana dengan cara ini sahaja mereka akan mendapat keyakinan rakyat untuk mengundi mereka sekali lagi.

Baca juga:   Jangan buat spekulasi kematian Dr Chai - Noor Hisham

Tegas Shahrul Nasrun, rakyat diingatkan jangan sesekali lupa tindakan PH ketika berkuasa selama 22 bulan menggugurkan banyak kes-kes mahkamah yang melibatkan kepimpinan mereka.

“Bukan itu sahaja, pendakwaan terpilih juga katanya sangat jelas sepanjang pemerintahan PH dan perkara ini bukanlah seperti apa yang mereka gambarkan diri mereka kepada rakyat. 

Baca juga:   Siapa PBM hendak melamar jadi komponen BN?

“Cukuplah sepanjang 22 bulan mereka memerintah dan melakukan apa sahaja yang mementingkan kuasa mereka.

“Sepanjang Barisan Nasional mentadbir negara melalui Datuk Seri Ismail Sabri, tiada satu pun kes terutamanya yang melibatkan kepimpinan BN dibebaskan sepanjang beliau berkuasa inilah perkara yang sangat jelas.

Kepada golongan muda yang akan menjadi pengundi kali pertama pula, beliau mengingatkan jangan sesekali menggadaikan mandat dan tanggungjawab yang telah diberikan untuk tidak memilih parti yang menjadikan negara ini seperti mereka yang punya. 

“Saudara- saudari lihatlah sendiri yang membezakan antara parti yang mementingkan rakyat dan parti yang hanya mementingkan politik mereka semata-mata. 

“Cukuplah sekali kita memilih parti yang tidak menghormati institusi perundangan, cukuplah sekali kita memilih parti yang tidak berlaku adil, cukuplah sekali kita memilih parti yang hanya tahu membangkitkan isu untuk menghasut rakyat dan saya yakin rakyat Malaysia pada hari ini sudah bijak untuk memilih”, kata Shahrul Nasrun.

Terdahulu, Kerajaan menyahklasifikasi dan akan mendedahkan laporan siasatan terhadap dakwaan dalam buku tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berjudul ‘My Story: Justice In The Wilderness’.

Ismail Sabri dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas pembentangan laporan pasukan petugas khas siasatan pada 30 September lalu.

“Dua pasukan petugas khas telah membentangkan Laporan Siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice In The Wilderness”  tulisan Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Laporan Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 September 2022 dan 7 Oktober 2022,” ujar Ismail Sabri.

Baca juga:   Jeti runtuh: Pasangan suami isteri terperangkap diselamatkan
Baca juga:   Pemandu treler maut, tujuh cedera termasuk tiga kanak-kanak

-EDISI9

Wartawan

Terkini

4 negara ASEAN calonkan kebaya warisan budaya UNESCO

MALAYSIA, Brunei, Singapura dan Thailand mencalonkan kebaya untuk disenaraikan sebagai warisan budaya Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Lagi Artikel Berkaitan