29.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

Terima kasih Pakcik, beg sekolah saya tak berat lagi!

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

UCAPAN terima kasih wajar diberikan kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin kerana atas kesungguhan beliau untuk menyelesaikan isu beg sekolah berat akhirnya menjadi kenyataan.

Bukan mudah untuk menyelesaikan isu yang sudah berlarutan bertahun lamanya, namun langkah penyediaan lokar sekolah terutama bagi sekolah-sekolah dua sesi di seluruh negara adalah yang terbaik buat masa kini.

Bayangkan sudah tiga dekad masalah itu dibangkitkan dan selepas entah berapa orang menteri pendidikan bertukar ganti, isu bebanan beg sekolah murid yang berat seperti tiada jalan penyelesaian.

Entah berapa kali juga isu ini dikaji oleh pihak kementerian namun akhirnya senyap begitu sahaja.

Para ibu bapa baik melalui PIBG mahupun saluran media sosial sudah berbuih-buih mendesak kerajaan mengkaji isu bebanan beg sekolah ini, yang terpaksa dipikul oleh anak-anak seusia 7 tahun namun seolah-olah dibuai angin lalu.

Sumber: Bernama

Justeru, langkah Pakcik Radzi yang “berani” menongkah apa sahaja tohmahan dengan menyediakan peruntukan hampir RM40 juta bagi penyediaan lokar sekolah di seluruh negara patut diberikan tanda salut.

Jumlah itu bukan sedikit, namun demi keselesaan anak-anak kita yang bersekolah di tahap satu iaitu tahun satu hingga tiga beliau sanggup mencari dana sebanyak itu.

Semalam, Pakcik Radzi telah menyempurnakan majlis penyerahan lokar sekolah fasa pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak Setia dan pemasangan kemudahan itu dijangka siap sepenuhnya bulan ini.

Baca juga:   Semua sekolah di Sabah ditutup 16 hari
Baca juga:   Raih pingat sukan Para Asean, bukti MBPK berbakat - Radzi Jidin

Katanya, terdapat lima sekolah sudah dipasang sepenuhnya dan baki 33 buah sekolah lagi akan diselesaikan sebelum Oktober berakhir.

Berdasarkan statistik KPM, sebanyak 626 sekolah dua sesi terlibat meliputi 249,646 bilangan lokar dan murid yang menerima manfaat daripada pemasangan tersebut.

Penyediakan lokar sekolah adalah salah satu daripada tujuh inisiatif Kementerian Pendidikan bagi mengatasi masalah bebanan beg sekolah murid-murid.

Kemudahan lokar sekolah sudah disediakan dan sekarang ini tugas pihak sekolah, ibu bapa dan murid-murid itu sendiri itu perlu menjaga lokar tersebut agar kekal dalam keadaan baik untuk tempoh lama.

Yelah, anak-anak kita seusia tujuh tahun mungkin tidak begitu memahami soal penjagaan barang sendiri.

Justeru, mereka perlulah dididik dan diberi ingatan setiap masa agar menjaga lokar tersebut yang kini menjaga harta benda sekolah.

Jangan sampai tidak sempat habis tahun pintu lokar sudah terkopak atau tercabut, sehingga murid-murid baharu yang akan masuk sekolah tahun depan tidak dapat menikmati kemudahan ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

KLIA, LGK kekal lapangan terbang terbaik dunia

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) kekal sebagai lapangan terbang terbaik dunia berdasarkan...

Lagi Artikel Berkaitan