31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil RISDA ditambah baik

Penambahbaikan BMT itu dijangka memberi manfaat kepada 232 ribu pekebun kecil getah RISDA seluruh negara.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KABINET bersetuju meluluskan penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perincian penambahbaikan itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat.

“Dah ada kelulusan dalam Kabinet iaitu Bantuan Musim Tengkujuh (untuk pekebun kecil getah, (tapi) biar Perdana Menteri umumkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar IPT Parlimen Padang Terap, Kedah hari ini.

Jelas Mahdzir, penambahbaikan BMT itu dijangka memberi manfaat kepada 232,000 pekebun kecil getah RISDA seluruh negara.

Advertisements

Ketika ini pekebun kecil RISDA menerima BMT berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh tiga bulan.

Sebelum ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengemukakan dua syor kepada Perdana Menteri bagi membela nasib pekebun kecil getah RISDA yang terkesan akibat harga getah yang rendah. 

Syor tersebut adalah menaikkan harga lantai getah sekerap daripada harga semasa RM2.50 sekilogram atau melanjutkan tempoh BMT daripada tiga bulan kepada enam bulan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan