29.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

385 pelajar IPT anak Padang Terap terima bantuan sara hidup

Bantuan yang disampaikan kepada pelajar anak-anak Padang Terap hari ini telah kita berikan sejak tahun 2004.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEBAJIKAN pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) anak-anak Padang Terap, Kedah terus diberi perhatian.

Bagi meringankan beban kewangan mereka, seramai 385 anak-anak daerah itu yang sedang menuntut di IPT awam dan swasta menerima bantuan berjumlah hampir RM150,000.

Bantuan disampaikan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Ahli Parlimen Padang Terap dalam satu majlis di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, hari ini.

Dalam sidang medianya Mahdzir berkata, bantuan itu adalah inisiatif untuk meringankan beban kewangan pelajar dan juga keluarga mereka khususnya kumpulan sasar golongan B40.

Beliau berkata, ia selaras dengan teras kedua konsep Keluarga Malaysia iaitu kebersamaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diberi keutamaan.

Baca juga:   5,439 kes baharu harian, 6 lagi kluster baharu

“Bantuan yang disampaikan kepada pelajar anak-anak Padang Terap hari ini telah kita berikan sejak tahun 2004 lagi dan akan kita teruskan setiap tahun demi untuk melihat anak-anak Padang Terap mencipta kejayaan untuk diri mereka,” katanya.

Tambah Mahdzir, kejayaan dalam pendidikan sahajalah yang akan mengubah hidup individu dan keluarga mereka.

Justeru katanya, kerajaan sentiasa memberi sokongan dan pelbagai bantuan kepada setiap pelajar bagi memastikan mereka mampu mencipta kejayaan dan membawa keluar keluarga mereka daripada kepompong kemiskinan.

“Selain bantuan kewangan, kerajaan turut menyediakan bantuan gajet menerusi Inisiatif PerantiSiswa yang sedang diagihkan kepada pelajar kumpulan B40 di seluruh negara.

Baca juga:   UMNO perlu jadi parti dominan, bukan tempel-tempelan

Bantuan yang disalurkan juga merangkumi pelajar-pelajar di dalam dan di luar negara dengan bantuan Elaun Sara Hidup (ESH) yang telah dinaikkan jumlahnya baru-baru ini.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

KLIA, LGK kekal lapangan terbang terbaik dunia

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) kekal sebagai lapangan terbang terbaik dunia berdasarkan...

Lagi Artikel Berkaitan