30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Fasa pertama pemasangan lokar sekolah selesai hujung bulan ini

Ini merupakan julung kalinya inisiatif yang diambil KPM dalam usaha menangani isu beg berat yang dihadapi oleh murid-murid sekolah rendah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

FASA pertama pemasangan lokar sekolah dijadual akan dapat diselesaikan hujung bulan ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ada lima sekolah sudah dipasang sepenuhnya dan berbaki 33 sekolah akan selesai pemasangan sebelum akhir bulan ini.

“Pemasangan lokar itu menelan kos sebanyak RM37.3 juta bagi fasa pertama dan fasa kedua akan diteruskan pada tahun hadapan bagi murid-murid Tahun Tiga hingga Enam,” katanya.

Terdahulu beliau menyempurnakan penyerahan lokar fasa pertama di Sekolah Kebangsaa Gombak Setia, Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam majlis itu, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Advertisements
Radzi Jidin diiringi Mohamed Azmin Ali semasa majlis penyerahan lokar fasa pertama di SK Gombak Setia, Kuala Lumpur hari ini.

Radzi berkata, ini merupakan julung kalinya inisiatif yang diambil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha menangani isu beg berat yang dihadapi oleh murid-murid sekolah rendah khususnya mereka di tahun satu hingga tiga.

“Pengurusan pembekalan lokar fasa pertama itu dilaksanakan pada tahun ini melibatkan hanya murid-murid yang berada dalam tahap satu iaitu di tahun satu dan dua,” kata beliau.

Katanya, sebanyak 626 sekolah dua sesi terlibat meliputi 249,646 bilangan lokar dan murid yang menerima manfaat daripada pemasangan tersebut.

“Inisiatif ini telah umumkan pada Mac 2022 dan pada hari ini, 5 Oktober kita lancarkan antara inisiatif yang paling besar dan tidak pernah dilancarkan oleh kementerian untuk bekalkan lokar ke sekolah-sekolah dua sesi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan